Bukan Sekadar Internet Sahaja
Ini adalah ruang Harisfazillah Jamel atau LinuxMalaysia atau Hafnie. Bagi anda yang melawat ruang laman ini secara sengaja atau tidak sengaja, minat saya di Internet adalah untuk menulis pelbagai artikel, nota dan bahan berkenaan komputer dan Internet. Ia adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman mengenai komputer, Internet, Linux, FreeBSD, PHP dan perisian sumber terbuka bagi manfaat semua terutamanya pengguna komputer dan Internet Malaysia.
Semua penulisan telah dikumpulkan di senarai email (mailling list)Bukan Sekadar Internet Sahaja
http://groups.yahoo.com/group/haris/
Anda dijemput untuk melawat dan sertailah senarai email terhad ini untuk membaca dan mendapatkan pelbagai nota, artikel dan bahan mengenai komputer dan Internet. Ia ditulis mengikut kesesuaian pengguna komputer asas, agar ia mudah difahami dan diikuti. Penulisan berkisar untuk menjadikan penggunaan komputer dan Internet lebih berkesan dan berfaedah. Anda juga boleh gunakan borang dibawah ini dengan masukkan alamat email anda.
Salinan turut dibuat di Google groups http://groups.google.com/group/hafnie yang akan menjadi ruang utama mengantikan Yahoogroup. Anda lrbih digalakkan menyertai kumpulan di Googlegroup.
![]() | Subscribe to hafnie | |
| Email: |
| |
| Browse Archives at groups.google.com.my | ||
Linux FreeBSD dan Sumber Terbuka
Linux, FreeBSD dan sumber terbuka merupakan kepakaran saya. Ikutilah perkembangan Linux, FreeBSD dan sumber terbuka dihttp://mosca.songketmail.org/ dan http://www.linuxdotmy.com/
Dengan Linux, FreeBSD dan perisian-perisian sumber terbuka, kita mempunyai pilihan pelbagai sistem operasi untuk menjalankan pelbagai tugasan komputer pelayan (server) dan komputer pengguna (Desktop). Semuanya dengan perlesenan yang bebas dan percuma.
Senarai Projek Internet
- Bukan Sekadar Internet Sahaja (Buku Busas)
- Kempen Peningkatan Sokongan Komputer Dan Internet Malaysia (KemSoIT)
- Kempen Menentang Email Sampah (Esampah)
- Projek Satu laman (Satu Laman)
- Projek Jaringan Malaysia (Jaringan Malaysia)
- Kempen Perkembangan Sumber Terbuka (AST/PST)
- Linux (LinuxMalaysia)
- Kumpulan Pakar Linux ICT Malaysia (MYLIG)
- Wanita Is Us (Kesedaran Kesihatan Wanita) - Berikan sokongan teknikal dan pentadbir laman
Rangkaian Social Network
Untuk berhubung dengan saya sila gunakan kemudahan tapak-tapak laman ini.http://www.friendster.com/profiles/hafnie
http://www.ryze.com/go/linuxmalaysia
https://www.linkedin.com/e/fpf/4283437/bprf/
http://groups.yahoo.com/group/dunia-digital/
http://duniadigital.multiply.com/
Wassalam.
Harisfazillah Jamel
Bukan Sekadar Internet Sahaja.
v1 23 April 2006

