Oleh Harisfazillah Jamel LinuxMalaysia Hafnie
[ Kembali ]
Melalui laman web
http://mst.sirim.my/index.php
anda boleh melihat tarikh dan masa rasmi Malaysia berdasarkan Jam "Caesium Atomic". Secara rasmi anda boleh selaraskan jam anda berdasarkan tarikh ini.
Untuk pengguna komputer sama ada Windows atau Linux. Perkara yang perlu dibetulkan dahulu adalah Zon masa (time zone). Zon masa untuk Malaysia adalah dahulunya adalah GMT +8 dan kini adalah UTC +8
http://www.bipm.fr/en/scientific/tai/time_server.html
Untuk Windows XP
Klik dua kali pada jam (Tepi kanan bawah sekali). Pilih tab "Time Zone" dan pastikan yang ditayangkan adalah (GMT+08:00) atau Kuala Lumpur. Untuk pengguna Linux zon masa adalah Asia/Kuala Lumpur.
Untuk memastikan jam komputer anda sentiasa pada masa yang tepat, jam ini boleh diselaraskan dengan jam masa Internet. Klik pula ruang "Internet Time" dan pastikan "Automatically synchronize with an Internet time server" dipilih.
Pada ruang Server: time.windows.com boleh digunakan. Untuk penyelarasan dengan komputer pelayan masa Malaysia, pilih salah satu dan gantikan dengan
mst.sirim.my
202.190.27.9
202.190.27.10
Untuk terus membuat kemas kini dan mengetahui tiada masalah, tekan butang "Update". Maklumat "The time has been successfully synchonized with mst.sirim.my" akan ditayangkan apabila masa berjaya dikemas kini. Sekiranya timbul masalah, kemungkinan "firewall" rangkaian anda menutup port UDP 123.
Jangan lupa menekan butang OK.
Untuk mengikuti artikel-artikel lain sila sertai senarai email terhad di
http://groups.google.com/group/hafnie atau email kepada [email protected]
Artikel ini di Internet
http://hafnie.blogspot.com/2006/12/selaraskan-jam-anda-dengan-masa.html
Rujukan
http://www.ntp.org/
http://en.wikipedia.org/wiki/Clock_synchronization
Artikel sebelum ini
http://www.harisfazillah.info/sumberterbukauntukmicrosoftvista
Wassalam.
Harisfazillah Jamel
http://www.harisfazillah.info/
http://www.geocities.com/lovhafnie/harisfazillah.html
Bukan Sekadar Internet Sahaja Nantikan kehadiran buku ini
dipasaran...
19 Dis 2006
Bukan Sekadar Internet Sahaja. Nantikan ia dipasaran ...
This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.